Produk kosmetik tiruan?

        Baru-baru ni, makin banyak kes kosmetik tiruan disiarkan di TV dan surat khabar. Bila suatu produk tu laris je mesti ada yang ambil kesempatan buat produk tiruan hinggakan kita pun keliru mana satu yang original. Kalau kita terbeli produk tiruan ni, nanti akan mendatangkan masalah kesihatan dan komplikasi lain. Yela nama pun tiruan kan?
       Kita ni sebagai pengguna perlu ambil langkah pencegahan dengan mengetahui perbezaan produk original dan tiruan. Caranya mudah je macam ni :
 1. Mula-mula kita buat sedikit ‘survey’ tentang produk yang hendak dibeli. Contohnya, lihat pada ‘packaging’ & produk dari segi ‘design’, warna dan saiz.
 2. Sekiranya ingin dapatkan produk dengan ‘online shopping’ @ beli di kedai. Pastikan tuan kedai tu betul-betul arif tentang produk tersebut.
 3. Lihat testimoni pengguna dan sebarang komen daripada pengguna tu boleh dijadikan rujukan.
 4. Cuba bertanya dengan tuan kedai sendiri untuk kepastian. Biasanya, bagi yang arif tentang produk tersebut sudah tentu tiada masalah untuk menjawab sebarang pertanyaan kita.
5. Semak no pendaftaran produk dengan KKM secara ‘online’. Enie ada tunjukkan cara untuk semak kesahihan no KKM. Sila klik disini.
Petikan akhbar tentang keburukan produk tiruan terhadap anda dan negara.
Produktiruan Produk kosmetik tiruan?
 * Sumber petikan akhbar Utusan Online 30/06/2012.