Cara cuci muka yang betul

          Bila kita bekerja penjagaan muka ni sangat penting sebabnya kita selalu terdedah dengan persekitaran berhabuk dan asap. Terutamanya yang pergi kerja dengan motorsikal, komuter dan tambah pulak kerja out station ni. Macam mana pulak kerja di dalam pejabat? Masih juga kena jaga kan. Cuba kita biarkan meja kita 3 bulan tak dilap, sah ada habuk. So, kita kena mencuci muka dengan cara yang betul supaya semua kuman dan bakteria dimuka dapat dibersihkan. Kali nie enie share cara cuci muka diawal pagi dan disebelah malam sebelum kita tidur.
Basuh tangan
Sebelum basuh muka cuba ingat apa yang kita buat tadi? Macam macam kita pegang dan sentuh kan? Haa.. cepat basuh tangan sebab memang banyak kuman dan bacteria! Ingat basuh tangan tu dengan sabun sekali tau.
wash your hands 300x183 Cara cuci muka yang betul
Tanggalkan make up
Macam biasa, tanggalkan make up sebelum mula mencuci muka. Pakai yang oil based lagi berkesan.
Guna Air Suam
Basahkan muka dengan air suam. Jangan gunakan air panas sebab kulit muka akan terkejut dan kalau panas sangat akan pecahkan kapilari darah (salur darah yang paling halus), kesannya muka akan jadi merah disekeliling hidung dan pipi.
Pencuci muka
Sekiranya kita guna pencuci krim, sapukan dengan sekata dimuka dengan menggunakan hujung jari. Bagi sabun pulak, basahkan sabun dengan sedikit air dan gosok dengan tapak tangan sehingga berbuih.
Krim Sabun 300x191 Cara cuci muka yang betul
Cuci dan urut muka
Ratakan pencuci muka dengan mengurut muka seperti gambar dibawah ini. Lakukan dari 30saat ke 1 minit ikut keselesaan masing masing.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya bila kita mengurut muka dengan betul, ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen dikulit muka. So muka akan jadi lebih berseri dan bertenaga.
Cara cuci muka Cara cuci muka yang betul
Bilasan terakhir & lap muka
Bilas muka  dengan air biasa beberapa kali. Jangan guna air suam atau sejuk untuk membilas. Akhirnya lap muka secara lembut dan perlahan dengan tekapkan tuala dimuka. Gunakan tuala yang lembut dan  kering. Ingat! tuala ni khaskan untuk mencuci muka sahaja
face towel 300x300 Cara cuci muka yang betul
Selesai.. So, lepas nie anda boleh pakai toner atau krim sebelum tidur.
Tags:  , ,